Ajrun_

YBS: Adakah Ada Sinar Untuk Teruskan Kenaikan?

MYX:YBS   YBS INTERNATIONAL BERHAD
Sektor: Kilang Pengeluar
Industri: Jentera Perindustrian

1. Analisa Trend

I. YBS telah mengalami penurunan setelah ia capai harga tertinggi sepanjang 52 minggu diparas harga 0.555 pada 12 Julai 2021.
II. Paras harga "resistance" terkini ialah 0.430 dan paras harga "support" ialah 0.400.
III. Kini, YBS telah memecah harga "resistance" pada paras 0.435 namun ia tutup dengan harga di paras "resistance" tersebut pada 8 Sept 2021.
IV. Bukan itu sahaja, ia juga telah memecahkan "Down Trendline" setelah melakukan penurunan.
V. Daripada carta, kita dapat rangkumkan bahawa YBS masih berada didalam fasa kenaikan ("uptrend").
VI. Sekiranya ia kekal berada diatas paras "resistance" tersebut, boleh mula perhatikan YBS .

2. Penunjuk indikator

I. Moving Average - Garisan EMA9(biru) sudah ada tanda mahu bersilang keatas garisan MA20(merah). Selain itu, YBS juga sudah menembusi garisan MA50(hitam).

II. MACD - Garisan MACD sudah ada tanda untuk bersilang ke atas garisan Signal.

III. RSI - YBS menunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berjaya tembus paras 50 dan kekal berada di atas paras tersebut.

Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.

Wyłączenie odpowiedzialności

Informacje i publikacje przygotowane przez TradingView lub jego użytkowników, prezentowane na tej stronie, nie stanowią rekomendacji ani porad handlowych, inwestycyjnych i finansowych i nie powinny być w ten sposób traktowane ani wykorzystywane. Więcej informacji na ten temat znajdziesz w naszym Regulaminie.