sahamdanlatte

XRP membentuk trading range baru selepas kejatuhan

BITFINEX:XRPMYR   None
Sekitar 1-2 bulan lepas, ramai pula kawan yang sebelum ini tidak cakna tentang pelaburan mula bercakap-cakap tentang pelaburan cryptocurrency.
Semasa itu, harga Bitcoin serta Altcoin sedang mencanak naik.
Mungkin itu petanda harga sudah sampai di puncak dan akan jatuh bila-bila masa.

Kini, kejatuhan itu sudah jadi kenyataan. Sekarang, kelihatan seperti cryptocurrency kembali masuk ke fasa pengumpulan.
Sejak saman SEC 23.12.2021 lepas, XRP naik mendadak dan turun juga dengan mendadak mengikut skema pengumpulan-mark up-pelepasan-mark down.

Buat masa ini, trading range XRP dalam lingkungan harga 4.30 dan 3.30 (kalau di Luno, harganya berbeza sekitar 10 sen dengan tradingview).
Maka kita tunggu dan lihat dahulu.

*PENAFIAN: Ini adalah kajian persendirian semata-mata. Bukan saranan membeli / menjual

Wyłączenie odpowiedzialności

Informacje i publikacje przygotowane przez TradingView lub jego użytkowników, prezentowane na tej stronie, nie stanowią rekomendacji ani porad handlowych, inwestycyjnych i finansowych i nie powinny być w ten sposób traktowane ani wykorzystywane. Więcej informacji na ten temat znajdziesz w naszym Regulaminie.