EMAS (Telah Tiba Masa untuk Berhenti Berehat)

Berita baik buat pelabur emas.

Baru² ini, EMAS telah berjaya BDTL dengan jayanya selepas beberapa kali membuat rejection. Kemudian, EMAS retest di atas trend line dan classical support (RM 230 - RM 233) dahulu sebelum meneruskan kenaikan.

Ketika ini, muncul juga signal 'hidden bullish divergence' daripada indikator stochastic RSI. Signal ini menandakan bahawa momentum penjualan / penawaran sangat kuat tetapi tidak mampu untuk menjatuhkan harga ke bawah kerana ketika ini, minat pembelian / permintaan terhadap EMAS adalah lebih kuat.

Mengikut MA 200 (rujuk garisan hitam), EMAS masih downtrend untuk long term. Terkini, EMAS dilihat cuba melepasi MA 200 dan berpotensi menuju ke paras harga RM 250/gram yang merupakan SBR bagi EMAS.

Nota kaki:
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan (downtrend line).
* Rejection = Keadaan dimana harga tidak mampu melepasi paras harga tertentu samada resistance atau support.
* Retest = Keadaan dimana harga mencuba untuk menguji / menuju semula paras yang telah ditembusinya.
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Downtrend = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* SBR = Support Become Resistance. Keadaan di mana paras sokongan bertukar menjadi paras rintangan.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'classical support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
KAJIAN 6: Empat Cara Penentuan Support dan Resistance
bdtlBullish DivergenceEMASemashariiniGoldHidden Bullish RSI Divergencema200OscillatorsrejectionretestTrend AnalysisTrend Lines

Również na:

Powiązane publikacje

Wyłączenie odpowiedzialności