PENDIDIKAN - CORAK PATEN DALAM SATU KITARAN GELOMBANG ELLIOT -

PENDIDIKAN CORAK GELOMBANG ELLIOT

CORAK PATEN DALAM KITARAN GELOMBANG ELLIOT


Ini adalah corak-corak paten yang kerap berlaku di dalam satu kitaran Gelombang Elliot.

1. Gelombang besar Satu Impuls - Corak Pepenjuru Awal (Leading Diagonal -12345)-3-3-3-3-3

2. Gelombang Besar Dua Pembetulan - Corak Zigzag ABC -5-3-5 @ Rata (Flat ABC -3-3-5) @ Kombo berganda WXY -

3. Gelombang Besar Tiga Impuls - diadalamnya terdapat juga Gelombang Kecil & Subkecil impuls - corak Zigzag ABC -5-3-5 @ Rata (Flat ABC -3-3-5) kerap berlaku di gelombang kecil
/Subkecil 2 dan Corak Segitiga Penyusutan (Triangle ABCDE) & Rata (Flat ABC -3-3-5) kerap berlaku di Gelombang Kecil/Subkecil 4.

4. Gelombang Besar 4 pembetulan - kekerapan Corak Segitiga Penyusutan (Triangle ABCDE) & terdapat beberapa kes corak Rata (Flat ABC -3-3-5)

5. Gelombang besar Lima Impuls - Corak Pepenjuru Akhir (Ending Diagonal -12345)-3-3-3-3-3.

6. Gelombang Besar A Pembetulan - Corak Pepenjuru Awal (Leading Diagonal -12345).-3-3-3-3-3.

7. Gelombang Besar B - Corak Zigzag ABC -3-3-3.

8. Gelombang Besar C - Corak Pepenjuru Akhir (Ending Diagonal -12345).3-3-3-3-3

Nota Peringatan Penting :

*Setiap terjadinya Corak Paten Gelombang Pembetulan maka selepas itu akan berlakunya Gelombang Impuls iaitu menaik.

*Peraturan pengantian (Rules of Alternation)
kerap berlaku di Setiap Gelombang kecil/besar 2 & 4 iaitu jika gelombang kecil/besar 2 Corak paten “Mudahsimple” atau tempoh masanya pendek , maka Gelombang kecil/besar 4 akan menjadi corak paten “SukarKompleks” atau tempoh masa pengundurannya menjadi panjang & lama dari gelombang kecil/besar 2. Ianya akan berlaku sebalik bergantian samaada gelombang kecil/besar 2 ‘SukarKompleks” maka Gelombang kecil/besar 4 akan menjadi “mudahsimple”. ini adalah kejadian semula jadi.

*Bagi penganggaran kenaikkan gelombang corak Impuls adalah dengan mengunakan alat Fibonancci Extension kerana ianya akan memberi tahap rintangan kuat 61.8%, 100% & 161.8% dan sasaran kerap berlaku di tahap 161.8% -200%.

*Tiada yang mudah dalam pembelajaran Gelombang Elliot kecuali anda semua kerap melakukan Latihan dengan mematuhi setiap peraturan dan panduan gelombang Elliot.

*Pengunaan Indikator RSI (9) juga dapat membantu dari segi pengesahan pembentukan corak-corak paten dengan melakar secara terperinci di garis indicator RSI tersebut dan meletak label gelombang ABC atau ABCDE sebagai pengesahan corak paten tersebut.

Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .

Peringatan :
Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .


Dean Mentari



Chart PatternscorakcartaelliotwaveanalysisgelombangelliottkabpendidikanTrend AnalysisWave Analysis

Również na:

Powiązane publikacje

Wyłączenie odpowiedzialności