11/5/2022 PRESTASI GBP/USD YANG TIDAK MENARIK PELABUR

Ekoran jangkaan inflasi sehingga 10% tahun ini, Pound nampaknya tidak dapat menarik minat pelabur untuk membeli matawang ini. Kenaikan kadar oleh Bank England yang hanya 0.25% juga penyumbang utama kepada penurunan berterusan GBP/USD. Kejujuran Gabenor Bank England juga memberi peranan yang membentangkan "Projeksi Lemah".

Saluran Penurunan terdahulu masih diteruskan dengan kelemahan GBP yang membuatkan penjualan berada pada kadar ekstrem dan masih tiada tanda sebarang sokongan untuk kenaikan. Bermula dari permulaan gelombang penurunan baru, harga kembali seketika pada tahap fibo 61.8% sebelum menyambung penurunan. Berhenti seketika pada kadar 100.0% dan kembali membuat penurunan sehingga tahap 161.8% dan sehingga ke hari ini penurunan itu disambung kembali. Sokongan terdekat dapat dilihat pada projeksi tahap 261.8%. Penurunan ini dijangka berterusan sekiranya Bank England tidak melakukan sebarang tindakan untuk menaikan matawang GBP.
GBPUSDTrend Analysis

Również na:

Wyłączenie odpowiedzialności