FBMKLCI Analisa Teknikal 23 April 2018

Analisa Teknikal
• FBMKLCI jatuh 7.39 mata dan menutup lebih rendah di 1,880.36. Sentimen pasaran pula dilihat negatif dengan 216 kaunter menaik berbanding 711 kaunter menurun, dan 351 kaunter tidak berubah.
• Melihat daripada sudut teknikal, FBMKLCI hari ini gagal untuk meneruskan keadaan menaik ( Bullish ) dan masih lagi meneruskan kejatuhan. Indeks dilihat dibuka dengan positif sebelum membuat kejatuhan dan terus dalam posisi negatif sehingga pasaran ditutup.
• Indikator momentum dilihat seperti Stochastic hampir keluar daripada aras terlebih beli (baca:overbought) dan menunjukkan potensi jangka pendek untuk ke bawah. MACD masih lagi positif walaupun momentum sedikit berkurangan.
• Kita jangkakan indeks akan terus menuju ke aras sokongan terdekat di 1,873 (S1) dan sekiranya berjaya dipecahkan, aras sokongan seterusnya berada di 1,840 (S2).
• Arasa rintangan masih lagi dikekalkan pada aras indeks 1,900 (R1) dan 1,930 (R2).

Wyłączenie odpowiedzialności