COASTAL: Mencari Sokongan?

COASTAL beberapa minggu dagangan yang lalu dilihat membuat trend kenaikan jangka pendek memecahkan paras 52w tertinggi dan tutup di paras harga lebih rendah berbanding minggu dagangan sebelumnya

Pergerakan harga pada selang masa mingguan dilihat seakan sedang mencari sokongan setelah petunjuk RSI dilihat membentuk pembentukan 'bearish divergence'
Petunjuk RSI mingguan dilihat masih berada di paras positif dan dilihat hendak menguji kekuatan MA RSI
Momentum dikatakan masih hadir sekiranya RSI mampu bertahan di atas paras MA RSI mingguan tersebut
Tidak mustahil juga untuk harga turun menguji kekuatan rintangan sebelum menunjukkan arah tuju seterusnya berikutan harga juga dilihat sudah berada agak jauh dari garisan MA20 mingguan
Lilin pada selang masa harian dilihat sedang menguji kekuatan MA20 harian (tidak ditunjukkan)
Perlu juga diingat bahawa paras MA50 mingguan masih belum melepasi MA200 (tidak ditunjukkan), justeru harga tidak mustahil akan menguji kekuatan sokongan dinamik terlebih dahulu setelah MA50 merintasi MA200

Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga mampu bertahan di atas sokongan dengan volum rendah

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Technical IndicatorsTrend Analysis

Wyłączenie odpowiedzialności