Revenue Berhad cuba untuk meneruskan kenaikkan

Zaktualizowano
snapshot

Revenue Berhad adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai.

1. Berdasarkan analisis agensi THOMSON REUTERS, Revenue Berhad diberikan rating 8/10 dari segi fundamental syarikat.

2. Pada 8/11/2018, Revenue mula melakukan 'breakout' dan menutup sesi dagangan pada harga RM1.25.

3. Indeks FBMKLCI hari ini dilihat cuba untuk melakukan lantunan teknikal sebelum dijangkakan untuk meneruskan penurunan.

4. Ini mempengaruhi sentimen pelabur untuk masuk berdagang semula dan mengambil peluang yang terhidang.

5. Setelah 'sideways' beberapa hari dari 9/11/2018, volume dagangan mula masuk pada hari ni dan menolak harga ke 'all-time-high' iaitu RM1.34 sebelum tekanan jualan disaat-saat akhir menyebabkan harga ditutup pada RM1.30.

6. Dijangkakan pelabur short term trading akan mula untuk menjual pegangan mereka pada sesi pagi keesokkan harinya.

Kredit untuk Bursatrendband untuk indikator TrendbandGuide

Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
Uwaga
Berlaku jualan pada sesi pagi seperti dijangkakan. Harga turun sekitar RM1.28 pada jam 9.30 am.
Trend Analysis

Również na:

Wyłączenie odpowiedzialności