23-Mac-2019 : PEMBELAJARAN 3 - Istilah penting TRADER (BHGN - 1)

Zaktualizowano
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.

Dengan lafaz bismillah...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan sekalian
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit sesi pembelajaran. Namun saya tidak menyambung pembelajaran STRUKTUR (ADVANCE). Hal ini kerana saya mendapati rupanya ramai dikalangan trader tidak mengetahui istilah-istilah / singkatan yang digunakan di dalam perbincangan dan analisis.

Harus diingat, kemungkinan perkongsian istilah/singkatan yang saya akan buat pada hari ini akan ada perbezaan dengan apa yang anda pernah pelajari. Tidak mengapa, itulah adat dalam belajar… akan ada ketidakserasian yang kita kena terima dengan hati terbuka. Sekurang-kurangnya sasaran UTAMA penulisan ini adalah untuk mendedahkan pembacaan dan sekurang-kurangnya buka minda mereka sikit tentang apa yang orang tengah sembangkan.

Sebenarnya agak mengejutkan bila kita lihat trader share analisis bagai nak rak tapi istilah-istilah penting dalam trading pun tercengang-cengang nak hadam.
Tapi itulah reality kehidupan, kita selalu nak cepat dan tak sedar kita dah mengabaikan benda asas yang penting. Jadi tanpa membuang masa jom mulakan.

Kenapa memahami istilah/singkatan ini penting?
1. Memahami isi kandungan perbincangan.
2. Memudahkan komunikasi diantara trader.
3. Membolehkan kita bertindak pantas dalam menganalisis chart.
4. Mengelakkan dari tersesat tanpa hala tuju terutamanya untuk mereka yang tak faham tapi malu nak tanya & buat-buat faham.

Jadi untuk BAHAGIAN 1 penggunaan istilah ini dibahagikan kepada beberapa kategori seperti berikut;
A. Keadaan Pasaran.
B. Jenis Trader
C. Instrument Terkenal
D. Platform kajian

Jadi saya hanya letakkan nama untuk singkatan terlebih dahulu memandangkan ianya adalah senarai yang sangat Panjang:

A. KEADAAN PASARAN
Adalah amat penting untuk mengetahui perkara ini kerana terutamanya bila kita mengadakan perbincangan di dalam ruangan sembang social (whatsapp/tele) kerana perbincangan aktif mungkin menyebabkan para trader lain tidak sempat untuk melayan permintaan newbie yang meminta penerangan.

Berikut adalah antara perkataan-perkataan yang sering digunakan oleh trader bila mereka ingin berbincang tentang hala tuju pasaran semasa membincangkan paparan chart.

Pasaran menaik Pasaran menurun
- Bull - Bear
- Bullish - Bearish
- Long - Short
- Buy - Sell
- Fly - Junam
- Up - Down

B. JENIS TRADER
Trader boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Harus diingat, apabila seseorang memberikan isyarat membeli @ menjual (buycall/sellcall) anda perlu tanya "ini untuk trader jenis apa/kategori apa?". Ini kerana setiap kategori mempunyai ciri-ciri tersendiri dan mereka adalah berbeza diantara satu dengan lain. Antara perbezaan ketara yang sangat perlu diambil perhatian adalah;
a) jangkamasa berdagang
b) sela masa (TF) yang digunakan.
c) modal
d) Sasaran
e) rancangan perdaganan (Trading plan)
f) Jumlah posisi dimasuki

Mari kita lihat jenis / kategori dibawa,
1. Scalper (risk taker)
- jangkamasa pendek (5saat - 5 minit)
- TF digunakan (1 Minit - 5 Minit)
- Kecil <100usd (high risk) SANGAT BESAR >3K (Profesional)
- Sasaran kecil (Hit n Run) mengamalkan ABC (asal biru close)
- tiada rancangan spasifik kerana sering bertindak pantas namun harus diingat mereka perlu MEMPUNYAI DISIPLIN YANG SANGAT TINGGI terutama berkaitan CUTLOSS
- jumlah posisi dimasuki adalah banyak selalunya diantara 5 - 20 posisi sehari

2.Intraday
- jangkamasa 1 hari (>5minit - close dalam hari yang sama)
- TF digunakan (15 Minit - H4 )
- Modal sedarhana (200usd =<)
- Sasaran sederhana (diantara 5-10% seminggu)
- kebiasaan menyasarkan R:R sekurang-kurangnya (1:1)
- 2 - 3 posisi sehari bergantung pada signal

3. SWING
- Short swinger / long swinger
- jangkamasa (Short swinger (2 hari - 1 minggu) / long swinger (1minggu - 6 bulan))
- TF digunakan (1 Hour - D1 )
- Modal sedarhana (200usd =<)
- Sasaran Sederhana (Short swing - 30-50%) / Sasaran Besar (Long swing 100% < )
- kebiasaan menyasarkan R:R sekurang-kurangnya (1:3)
- Short swinger (2-3 posisi - 1 minggu) / long swinger (1-2 posisi 1minggu)

4. INVESTOR
- jangkamasa (6 bulan< )
- TF digunakan (W1 < )
- Modal sedarhana (10K =<)
- Sasaran Besar (100% < )
- kebiasaan menyasarkan R:R sekurang-kurangnya (1:3)
- 1-3 posisi setahun namun bergantung kepada POTENSI mengikut kriteria yang mereka sudah tetapkan.


C. INSTRUMENT PILIHAN
Pada bahagian ini kita akan membincangkan beberapa instrument SELAIN FOREX. Bagi index pula penerangan lebih ditumpukan pada Nasdaq dan Dow Jones FUTURE SAHAJA. Baiklah kenapa sebenarnya ada banyak istilah yang digunakan untuk mewakili benda sama? Sebenarnya ini terjadi disebabkan BROKER BERLAINAN MEMPUNYAI CARA PENAMAAN YANG BERLAINAN. Mereka berhak untuk menentukan apakah teringkas yang mereka ingin gunakan.

Jadi, fokus utama adalah untuk memudahkan orang yang baru berkecimpung dalam bidang ini mengikuti perbincangan. Ini kerana apabila didalam ruang sembang sosial kebanyakan instrument hanya disebut dengan short form sahaja. Mari kita lihat dibawah:

GOLD
-------
XAUUSD - Gold/US dollar
XAUEUR - Gold/Euro
GOLD - kebiasaan merujuk kepada XAUUSD

MINYAK
---------
WTI - West Texas Intermediate
XTIUSD
USOIL

BRN - Brent Crude Oil
BRENT
XBRUSD
UKOIL

INDEX
-------
NASDAQ Future
- NAS100
- USTECH
- US100
- ND

DOW Future
- US30
- WS30
- DJ

STOCK
-------
Mother Share - Stock Utama
Option - seperti warrant dalam bursa
CFD - Contract for Different (perbezaan harga)


D. PLATFORM JUAL BELI DAN KAJIAN
Pada bahagian ini kita akan membincangkan sedikit mengenai platform kajian / jual beli dan broker. Ini juga satu bahagian yang sangat penting kerana kadang kala apabila perbincangan di ruang sembang sosial berlangsung, nombor atau harga yang dibincangkan kebiasaannya tidak sama. Ini bukanlah bermaksud terdapat manipulasi harga di pihak broker... tetapi ini adalah disebabkan liquidity provider (LP) bagi setiap broker adalah berlainan. Jadi semasa perbincangan tak perlu nak berbalah tentang nombor, buka chart masing-masing dan lihat kenapa nombor tersebut wujud di tempat-tempat berkenaan.
Jadi kita lihat senarai dibawah:

Platform Broker Penerangan
1. TV (tradingview) - Merupakan salah satu platform kajian yang sangat popular. Mudah digunakan,
- Paparan carta yang cantik dan kelihatan professional.
- Mempunyai senarai indicator yang terkenal dan ringkas.
- Terdapat versi percuma dan berbayar
- Penyaring stock yang boleh diharapkan
- Data adalah realtime

2. Thinkorswim TDAmeritrade - Kebanyakan digemari oleh stock trader.
- Fungsi perdagangan option yang terkenal
- Mempunyai data dan carta yang sangat menarik dan professional
- Indikator yang pelbagai
- Menyediakan fungsi penyaring stock (SCREENER) sendiri yang terbaik

3. SaxoTraderGo SAXO Bank - Kebanyakan digemari trader Malaysia
- Juga menyediakan perdagangan option/cfd/stock global
- Carta yang ringkas dan mudah difahami
- Indikator yang pelbagai
- turut menyediakan penyaring stock (SCREENER) sendiri

4. MetaTrader (MT4/MT5) FXprimus, xm, Insta - Kebanyakan platform pilihan untuk pedagang yang berdagang CFD
Pepperstone, icmarkets - Menyediakan leverage yang tinggi dan digunakan oleh kebanyakan trader di dunia.
LCG, dan banyak lagi - Paparan chart yang mudah, dan mempunyai indicator
- Menjadi pilihan terbaik untuk trader pemula kerana modal yang rendah (1USD pun boleh depo)

Secara keseluruhan saya sangat meminati dan selesa menggunakan Tradingview untuk membuat kajian kerana ianya sangat flexible dan mudah. Kebanyakan professional juga turut menggunakan platform ini kerana ianya bukan sekadar menyediakan tapak untuk pedagang membuat kajian tapi ia turut menyediakan ruang untuk penggunanya menulis ide dan berkongsi idea tersebut dengan semua org. Idea ini juga boleh diakses secara percuma.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi ini sahaja dahulu untuk BAHAGIAN 1, Inshaallah BAHAGIAN 2 akan menyusul bagi membantu pedagang mengenali istilah-istilah teknikal pula.

Sekian untuk perkongsian, semoga bermanafaat.



Uwaga
PEMBETULAN 1 - (SEBAB: SUSUNAN LARI)
A. KEADAAN PASARAN
Adalah amat penting untuk mengetahui perkara ini kerana terutamanya bila kita mengadakan perbincangan di dalam ruangan sembang social (whatsapp/tele) kerana perbincangan aktif mungkin menyebabkan para trader lain tidak sempat untuk melayan permintaan newbie yang meminta penerangan.

Berikut adalah antara perkataan-perkataan yang sering digunakan oleh trader bila mereka ingin berbincang tentang hala tuju pasaran semasa membincangkan paparan chart.

Pasaran menaik Pasaran menurun
- Bull - Bear
- Bullish - Bearish
- Long - Short
- Buy - Sell
- Fly - Junam
- Up - Down
Uwaga
PEMBETULAN 2 (SEBAB : SUSUNAN LARI)

4. PLATFORM: MetaTrader (MT4/MT5)
BROKER: FXprimus, xm, Insta,Pepperstone, icmarkets, LCG, dan banyak lagi

- Kebanyakan platform pilihan untuk pedagang yang berdagang CFD
- Menyediakan leverage yang tinggi dan digunakan oleh kebanyakan trader didunia.
- Paparan chart yang mudah, dan mempunyai indicator
- Menjadi pilihan terbaik untuk trader pemula kerana modal yang rendah (1USD pun boleh depo )
Beyond Technical Analysismac19

Wyłączenie odpowiedzialności