TECHNAX (Di atas 3 Garisan Sokongan)

Sektor:
- Industrial Products, Energy, Electric Vehicles.

Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, TECHNAX lebih konsisten membuat kerugian berbanding keuntungan. TECHNAX telah membuat kerugian sebanyak 8 quarter berturut². Hasil (revenue) juga merosot dan dilihat bergerak downtrend. Hasil (revenue) TECHNAX menyusut QoQ dan YoY masing² sebanyak -95.19% dan -63.42%.
- Dari sudut Teknikal, TECHNAX sekarang dilihat berada di atas trend line, MA 200 dan classical support (0.125 - 0.130).
- TECHNAX perlu rebound di atas ketiga² garisan ini untuk meneruskan pergerakan uptrend. Adakah harga mampu rebound atau tidak?
- Stochastic RSI memberi signal bahawa harga sedang ciba untuk rebound di atas support.
- Walaubagaimanapun, MACD pula memberikan signal sebaliknya. MACD turun di paras 0 menunjukkan minat dan momentum pembelian semakin berkurang.
- Jika harga mampu untuk rebound, harga berpotensi menunju ke arah trend line @ pennant resistance. Kemudian jika TECHNAX mampu BDTL, harga berpotensi menuju ke resistance 0.190 dan 0.230.
- Jika harga tidak mampu rebound dan jatuh sehingga ke bawah support, harga berkemungkinan akan reversal.

Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada downtrend.
* Untuk mengetahui lebih tentang jenis² support, boleh klik pautan di bawah 👇
KAJIAN 6: Empat Cara Penentuan Support dan Resistance

* Untuk maklumat tambahan mengenai 'pennant pattern' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
KAJIAN 2: Empat Jenis Segitiga dalam Saham


#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
bdtlFundamental AnalysisOscillatorsoversoldpennyreboundreversalsupportTECHNAXTrend Lines

Również na:

Wyłączenie odpowiedzialności