KAJIAN 5: MMAG - Cerminan Sejarah Lama

MMAG terkenal dengan sifat 'pump and dump'. Suatu ketika dahulu, MMAG pernah mencapai harga RM 1.90. Kenaikan ketika ini adalah sekitar 300%. Kemudian, harga turun secara drastik menuju ke harga sebelum ini. Pump and dump ini hanya mengambil masa lebih kurang 38 hari sahaja. Harga naik dan turun sekelip mata. Kebiasaanya, kaunter saham yang mengalami pump and dump ini akan mengambil masa yang lama untuk recover dan harga akan bergerak sideways dalam tempoh yang sangat lama.

Hari ini, MMAG memberi kejutan sekali lagi. Awal dagangan, MMAG dibuka gap up dan harga terus menaik sehingga RM 0.585 iaitu sebanyak 15.84% sejak harga dibuka. Seminit kemudian, harga terus menjunam secara drastik daripada RM 0.585 ke RM 0.495. Kejatuhan sebanyak 15.38% hanya berlaku dalam seminit sahaja. Kemudian harga bergerak sideways sebelum meneruskan kejatuhan sekali lagi pada waktu akhir dagangan. MMAG ditutup pada harga RM 0.390 iaitu lebih rendah berbanding harga tutup semalam. MMAG hari ini mencatatkan kerugian sebanyak 21.21%.

Dari sudut Fundamental, QR menunjukkan MMAG membuat kerugian secara konsisten. Hasil (revenue) bertambah tetapi keuntungan merosot. Dalam 10 quarter, hanya satu quarter sahaja MMAG membuat keuntungan.

Kesimpulannya, pada hari ini, sejarah pump and dump MMAG pada time frame daily dilihat diterjemahkan semula ke dalam MMAG dalam time frame 1 minit.

"History repeats itself"
"Pelanduk sentiasa melupakan jerat tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk"

Nota kaki:
* Pump = Harga ditolak naik secara mendadak.
* Dump = Pegangan dilepaskan / dijual secara mendadak.
* QR = Quarter Report.

------------------------------

DISCLAIMER:
Terma atau istilah 'KAJIAN' yang digunapakai ini merangkumi tentang info, pendidikan dan pembelajaran sahaja. Jadi, ia bukanlah saranan untuk jual dan beli (buycall dan sellcall) sesuatu saham.
Beyond Technical AnalysisFundamental Analysishistoryrepeatsitselfkajian5mac21mmagpumpanddumpTrading Psychology

Również na:

Powiązane publikacje

Wyłączenie odpowiedzialności