Sektor: - Technology, Internet of Things (IoT), Electronic.
Idea analisis: - Dari sudut Fundamental, KEYASIC telah mencatatkan kerugian sebanyak 8 quarter berturut². Hasil (revenue) KEYASIC juga dalam trend menurun. Keuntungan dan revenue KEYASIC menunjukkan kemerosotan YoY masing² sebanyak -159.23% dan -7.78%. - Dari sudut Teknikal, dalam time frame (tf) daily, KEYASIC menunjukkan kenaikan parabolic dengan volume yang sangat signifikan. - Hari ini, KEYASIC membentuk candle gravestone doji pada tf daily memberikan signal reversal. - Bagi meneliti lebih terperinci, saya gunakan tf 4 jam untuk membuat kajian. - Setelah melakukan kenaikan parabolic, kini KEYASIC dilihat membuat pullback sehingga ke paras fibo 0.5 iaitu RM 0.210. - KEYASIC perlu membuat rebound samada di atas fibo 0.5 atau fibo 0.382 bagi meneruskan kenaikan.
Nota kaki: * YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum. * Gravestone Doji = Keadaan dimana harga buka sama dengan harga tutup dengan ekor panjang di atas. * Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada downtrend. * Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya. * Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya. * Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.
Informacje i publikacje przygotowane przez TradingView lub jego użytkowników, prezentowane na tej stronie, nie stanowią rekomendacji ani porad handlowych, inwestycyjnych i finansowych i nie powinny być w ten sposób traktowane ani wykorzystywane. Więcej informacji na ten temat znajdziesz w naszym Regulaminie.