INNATURE (Mencari Peluang untuk Membuat Pembalikan)

Sektor:
- Personal Goods, Consumer Products & Services.

Idea analisis:
~Fundamental~
- INNATURE baru sahaja disenarai awamkan di Bursa Malaysia pada 20 Februari 2020 (20/2/20, tarikh yang agak menarik 😆).
- Keuntungan dan hasil (revenue) INNATURE masing² menyusut QoQ sebanyak -2.44% dan -16.06%.
- Sejak mula disenaraikan, INNATURE dilihat konsisten dalam pemberian dividen. Dividen yang diberikan adalah sebanyak 1 sen sesaham untuk tahun 2020 dan 2021.
- Saham INNATURE ini juga dimiliki oleh jerung / institusi Malaysia seperti:
1) KWAP (pegangan sebanyak RM 9.8 juta).
2) ASN Imbang (pegangan sebanyak RM 8.69 juta).
3) AIA Bhd. (pegangan sebanyak RM 6.85 juta).
4) ASN Sara (pegangan sebanyak RM 4.52 juta).
5) Etiqa Life Insurance Berhad (pegangan sebanyak RM 4.31 juta).
6) AIG Malaysia Insurance Berhad (pegangan sebanyak RM 1.04 juta).

~Teknikal~
- Selepas breakout ATH, INNATURE dilihat membuat retracement.
- Retracement ini didokong oleh signal 'strong bearish divergence' oleh stochastic RSI.
- Retracement ini juga berlaku sehingga membuatkan saham berada dalam keadaan oversold.
- Terkini, muncul hammer candlestick menandakan harga berpotensi untuk rebound dan meneruskan kenaikan di atas mid term trendline untuk membuat ATH baru di atas RM 0.760.
- Jika harga tidak mampu rebound di atas midterm trendline, support seterusnya adalah di 'long term trendline'.

Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang pernah dicapai.
* Retracement = Harga membuat pembetulan iaitu harga menurun 'sementara' sebelum meneruskan kenaikan.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
alltimehighATHbearishdivergenceFundamental AnalysisINNATUREOscillatorsoversoldreboundretracementTrend Lines

Również na:

Powiązane publikacje

Wyłączenie odpowiedzialności