6 kekunci pintas untuk berkongsi, membuat nota dan carta

Hari ini, kami ingin menunjukkan kekunci pintas yang boleh menambahbaikkan kaedah anda melihat harga ,berkongsi idea, dan mengesan perkembangan anda. Untuk bermula, buka sebuah carta dan cuba mana-mana kombinasi papan kekunci berikut:

Alt + S = Mengambil syot kilat carta anda
Alt + W = Menambahkan simbol kepada senarai amatan anda.
Alt + L = Membuka sebuah carta Log
Alt + P = Membuka sebuah carta %
Alt + G = Pergi ke tarikh tertentu dalam carta
Alt + N = Membuat nota baru

Jika anda menggunakan Mac, gunakan kunci pilihan ⌥:

⌥ + S = Mengambil syot kilat carta anda
⌥ + W = Menambahkan simbol kepada senarai amatan anda.
⌥ + L = Membuka sebuah carta Log
⌥ + P = Membuka sebuah carta %
⌥ + G = Pergi ke tarikh tertentu dalam carta
⌥ + N = Membuat nota baru

Mari kita berbincang kenapa kekunci ini penting dan bagaimana anda boleh menggunakannya. Alt + S membolehkan anda mengambil syot kilat carta yang sedang anda perhatikan. Ini memudahkan anda berkongsi carta dengan rakan-rakan,di bilik sembang atau di mana-mana media sosial.

Alt + L ialah cara untuk berpindah ke carta log manakala Alt + P ialah cara berpindah ke carta perubahan peratusan. Semasa menganalisis carta, kedua-dua kekunci pintas boleh memberikan pandangan yang alternatif untuk menguji hipotesis anda. Contohnya, berapakah kenaikan dan penurunan sebuah simbol tertentu dalam satu tempoh masa tertentu? Gunakan Alt + P untuk itu. Carta logaritma pula akan mengubah paksi (harga) untuk menampilkan perubahan dari satu harga kepada yang berikutnya. Gunakan Alt + L

Akhir sekali, mari kita berbincang tentang Alt + N. Ini adalah cara anda membuka nota baru. Anda boleh menggunakan Nota Teks di TradingView sebagai jurnal perdagangan. Kumpulkan idea, menulis pemikiran anda, dan merekod pelan daripada nota teks anda. Ini amat penting untuk pembinaan proses jangka panjang dan mengkaji balik idea-idea anda sebagai pedagang atau pelabur.

Terima kasih kerana membaca dan kami berharap kekunci pintas ini dapat membantu. Jika anda memiliki sebarang soalan atau komen, sila menulis di bahagian komen di bawah. Kami memautkan idea lain di bawah yang menjelaskna tentang kekunci pintas yang lain.
Beyond Technical AnalysisChart PatternsTradingView Tips

Share TradingView with a friend:
tradingview.com/share-your-love/

Read more about the new tools and features we're building for you: tradingview.com/blog/en/
Również na:

Powiązane publikacje

Wyłączenie odpowiedzialności